FUHHH….pejam celik..pejam celik dah nak abis dah dua bulan kita berada di tahun 2011 ni. Masa begitu pantas berlari.Rasa-rasa semput jugak untuk mengejar bagi yang tidak ada ‘stamina’ yang kuat dan keadaan fizikal yang baik serta mantap.Biar sekalipun kita makan pelbagai jenis vitamin atau ubat kuat. Malahan minum kopi jantan atau kopi janda pun rasa-rasa tidak mampu menyaingi kepantasan masa yang berlari itu. Apatah lagi dengan meminum ubat untuk menggecilkan tubuh yang kononnya akan membuatkan kita bertenaga dan ternampak mantap dan bergetah. (memang ada pun..)Rasa-rasa kalau tidak ada persediaan, persiapan dan kesungguhan kita untuk bergerak seiringan dengan peredaran masa yang begitu pantas ini, sudah pasti kita akan ketinggalan.
Saya juga.. dek sibuk dengan beberapa kerja buat yang belum selesai hingga terlupa nak tulis Buletin Humanities ini. Tambahan lagi sibuk dengan keasyikan berfesbuk dengan rakan-rakan. Maklumlah kata orang percambahan minda…..dan mempereratkan silatulrahim sesama insan…hehehe. Walaupun ramai yang mengatakan berfesbuk ini banyak keburukannya…bagi saya itu terpulanglah kepada individu tu sendiri. Kalau menganggap dan berfikir ia membawa banyak keburukan, Malahan nawaitupun nak buat keburukan…buruklah jadinya. ….hentikanlah. Tak gitu…..????
Diam tak diam rupanya tahun 2011 ini sudahpun masuk tahun keempat Buletin Humanities dikeluarkan. Sama tahunnya dengan kehadiran pengetua selaku Boss di SMK Ibrahim (2007 – 2011). Pastinya ramai antara kita menaruh harapan yang menggunung tinggi agar tahun 2011 menjadi tahun yang penuh bermakna dan sarat dengan pelbagai kejayaan untuk diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Sudah tentu juga pada awal-awal tahun baharu ini ada antara kita yang masih terus berazam. Walaupun kadang-kadang azam yang kita lafazkan tidak pernah tercapai. Tetapi kita tak serik untuk terus berazam.Sudah menjadi kelaziman hidup manusia….tidak pernah serik….!!!
Ketika 2010 melabuhkan tirainya, bermulalah tahun baharu untuk kita meneruskan kesinambungan tugas kita yang masih belum selesai di atas muka bumi ini. Tahun 2011 juga menyebabkan pertambahan angka pada usia kita. Pertambahan angka baik pada tahun mendatang mahupun pada usia kita, mempunyai signifikan tersendiri. Pada saya, pertambahan ini bagaikan simbolik yang kita sebenarnya semakin dekat dengan penghujung hidup. Pertambahan ini juga dilihat suatu pengecilan angka masa kita mendekati TUHAN…
Kehadiran tahun 2011 membuka lembaran baharu untuk kita menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan. Ketika 2010 dilabuhkan, SMK Ibrahim telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PMR. Seramai 130 orang pelajar mencapai A’S. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang mendidik,membimbing anak-anak pelajar tanpa rasa jemu sehingga menghasilkan kejayaan ini.Tahniah juga kepada semua pelajar yang berkenaan atas usaha gigih kalian. Kejayaan ini merupakan suatu permulaan kepada kita untuk terus mencipta pelbagai kecemerlangan baik dalam aspek kurikulum mahupun kokurikulum.Untuk mencapai kecemerlangan demi kecemerlang ini mahu tidak mahu akan menuntut kita berusaha keras. Dengan adanya kesungguhan dan komitmen segenap warga SMK Ibrahim saya percaya, IBRAHIM NOMBOR SATU pasti akan tercapai…!!! Insyaallah.
SELAMAT MAJU JAYA…!!!
GKM Kemanusiaan : Februari 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan