Selasa, 1 Mac 2011

HORMATILAH DIRI SENDIRI...

SAYA selalu bercakap dengan pelajar-pelajar saya tentang perlunya kita ada rasa hormat diri sendiri untuk menjadi manusia yang berjaya.Maksudnya kita perlu ada rasa hormat pada diri sendiri.Tidak meletakkan diri kita pada sebarang tempat. Kena jaga. Baru lah kita boleh berjaya. Kalau tidak jangan dok harap.

Hormat Diri di sini bermakna kita perlu sentiasa meletakkan diri kita pada tempat yang sepatutnya.Barulah orang nampak kualiti yang ada pada diri kita. Justeru kita akan disegani oleh sesiapa saja. Sebagai contoh kita ambil resmi lebah. Sang Lebah tidak pernah meletakkan dirinya pada tahap yang rendah.Lebah tidak akan turun mencari makanan di tempat-tempat yang kotor dan busuk. Makanannya hanyalah pada bunga-bungaan yang berkualiti saja, yang letaknya di tempat tinggi. Hal ini berbeza dengan sang lalat. Sang lalat seringkali meletakkan dirinya pada tahap paling rendah. Lalat suka mencari makanan di lunggok-lunggok sampah, yang berbau busuk dan kotor. Tambahan pula ada antaranya yang gemar menghurungi najis. Tempat tinggalnya pulak sudah pasti di kawasan yang kotor.Berbeza dengan Sang Lebah yang  membuat sarang atau tempat tinggalnya di dahan-dahan pokok yang tinggi. Sarang lebah yang paling tinggi kedudukannya dianggap menghasilkan madu yang paling berkualiti dan paling berkhasiat. Sebab itulah kenapa Madu Tualang paling mahal dan paling dikehendaki manusia.Hal ini kerana pokok tualang merupakan antara pokok yang paling tinggi yang terdapat dalam hutan.

Sehubungan itu, untuk menjadi pelajar yang cemerlang,berkualiti dan berjaya, pelajar-pelajar saya sering diajak untuk ikut resmi atau budaya hidup Sang Lebah. Kita kena hormat diri kita. Janganlah meletakkan diri kita di tempat-tempat yang kotor dan tidak sepatutnya.....Insyaallah..!!!

Isnin, 28 Februari 2011

Apabila Hujan Turun....


"Hujan yang turun bagaikan mutiara, bersama pedih bersama rindu..." itulah antara bait-bait lagu Hujan dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang masih saya ingat. Sayu rasanya. Apatah lagi jika hujan turun pada waktu lagu itu berkumandang. Tangkap nangis lagi....bro!!!! Tapi saya juga sering tertanya kenapa apabila hujan turun seringkali terdengar bebelan-bebelan dari orang-orang sekeliling kita. "Cuaca buruk saja akhir-akhir ni?" Soalnya kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Banyak antara kita yang mengeluh apabila hujan turun. "Iskk....tak kering la baju kalau asyik hujan saja". "Alahai...hujan lagi. Macamana nak pi erobik ni?" "Tiap-tiap hari hujan...nak buat apa-apa pun tak boleh". "Sah banjir la sat lagi"." Hujan lebat ni...tak boleh balik lagi lagu ni".Ini antara bebelan-bebelan yang sering kita dengar. Tambahan pula hujan diselangi guruh. Macam-macam bebelan lagi akan kedengaran."Apocot.." "Ooi.. mak..hang.." dan sebagainya. Terkejut. Latah.Takut pun ada. Tak kira kaum lelaki atau pompuan. Sama saja. Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA?. Hakikatnya, hujan itu rahmat dan kita juga patut bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Tetapi kenapa orang "bad-mood" bila hujan turun. Seolah-olah sinonim dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan. Ribut tidak, mendung tidak tiba-tiba masam saja. Choam tak tentu pasai.La ni hujan setiap hari. Mai la kita pakat berdoa agar hari ini lebih baik daripada semalam...

KALAU KITA DAH JADI CIKGU....

BARU-BARU ni ada kawan saya balik dari kursus Induksi. Dia dok cerita tentang INTEGRITI. Kami pakat dengar saja lah. Semangat bukan main dia dok cerita. Maklumlah orang baru balik induksi. Tak dengar dia kata kami tak integriti pula. Kadang-kadang saya senyum saja bila dia dok cerita bab integriti tu. Tak pa la. Setidak-tidaknya dia dah mula faham tentang integriti.

Sebenarnya, integriti itu apa? Integriti yang pernah saya dengar dalam kursus-kursus yang saya pernah hadiri, banyak penceramah memberi makna menjurus kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu yang berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, seperti kita guru-guru ni dilihat sebagai satu tugas berat, amanah besar dan memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan sebagai landasan untuk mencari kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri bukan organisasi, menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah ( kalau dah jadi cikgu, kita kena fahamlah..bukan saja mengajar di dalam kelas, banyak lagi tugas yang kita kena buat. Jadi guru kokurikulum la, menganggotai jawatankuasa itu la..ini la, dan macam-macam lagi..Kalau tidak jangan jadi cikgu...pesan kat anak-anak no!!!) dan macam-macam lagi lah. Setiap guru mesti bekerja dengan jujur, tekun dan rajin serta berdedikasi di samping melayan murid-murid dengan penuh berertika dan berhemah. Pendek cerita, seorang guru itu kena jadi seperti sepohon pokok. Pokok memberi khidmat dan manfaat kepada semua. Contohnya, :
1. Pokok berbunga dan berbuah - dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan
2. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan biji
         benihnya
3. Unggas, haiwan bertenggek selesa di dahannya yang selamat
4. Akarnya membantu menyimpan air dan hakisan tanah
5. Rimbunan dedaunnya menjadi tempat berteduh

Begitulah pokok. Bertarung dengan angin, sang ribut yang semberono, tetapi angin dan ribut itu hilang dan kecewa dengan keutuhan pokok (umpama datang godaan, kita masih tak lut...iman kuat Bro..!!!). Pokok tetap berdiri teguh siang dan malam. Pokok tak pernah merungut. So, begitu teruk pun kerja kita, kita janganlah merungut. Buatlah kerja itu dengan ikhlas dan jujur. SIBUK? Semua orang sibuk. Jangan dok anggap kita saja yang sibuk. Apa yang penting pengurusan masa harian kita. Dah tua? atau dah lama buat sesuatu kerja yang diberikan? Tak mau buat kerja/tugasan yang diberikan? Lu fikirla sendiri...(pinjam sat kata-kata Si Nabil Raja Lawak tu..) Selagi tak pencen, selagi bergelar guru dan selagi kita masih dok makan gaji, makanye kita...kena buat kerja macam orang lain juga la. Macam guru-guru lain juga, tak kira guru tua (maaf guru lama) atau guru muda. Sama saja. Kalau "fed-up" jadi guru letak jawatan. Abis cerita. Tak menyusahkan orang lain.Kita dah matang. Fikirlah...itu adalah kerja buat kita. Kita yang pilih jadi guru. Jangan salahkan orang lain. Bidang inilah merupakan tapak yang kita pilih untuk mencari nafkah dan rezeki yang halal buat anak isteri/suami/keluarga kita. Terimalah hakikatnya....So, janganlah dok merungut dan marilah sama-sama kita menjadi seorang guru yang BERINTEGRITI. "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"...

SEKADAR RENUNGAN...buat teman-teman


RIWAYAT IMAM GHAZALI:

ketika aku memohon kekuatan,,
ALLAH memberi aku kesulitan se...hingga aku kuat,,
ketika aku memohon kebijaksanaan,,
ALLAH memberi aku masalah untuk aku pecahkan,,
ketika aku mohon kesejahteraan,,
ALLAH memberi akal untuk aku berfikir,,
ketika aku memohon keberaniaan,,
ALLAH memberi bahaya untuk aku atasi,,
ketika aku memerlukan cinta,,
ALLAH memberikan orang bermasalah untuk aku tolong,,
ketika aku memohon bantuan,,
ALLAH memberikan aku kesempatan,,
ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,,
ALLAH memberi apa yang aku perlukan...

Sabtu, 26 Februari 2011

LEMBABNYA....

DUA bulan lepas balik kampung. Kat Pekan Padang Sera lampu isyarat di simpang 3 rosak.Tak berfungsi. Hanya lampu berwarna kuning saja yang dok lip..lap..lip..lap. KEMARIN balik lagi. Lampu isyarat tu masih TAK BERFUNGSI. Tetapi kalini ternampak oleh saya sebuah motosikal yang ditinggalkan bersebelahan tiang lampu itu. Rasa-rasa baru 'x-ciden'.

Ntahlah...mungkinkah ini sudah menjadi budaya hidup masyarakat kita....khususnya pada pihak yang dipertanggungjawabkan. Lambat dan lembabnya tindakan diambil apabila sesuatu kerosakan berlaku. Khususnya yang melibatkan kegunaan orang ramai.(tidak termasuk orang kenamaan) Sikap buat kerja sambil lewa dan sikap 'Aiman Tak kisah' ini,saya rasa perlulah dikikis dan dibuang jauh-jauh jika ingin melihat bangsa Malaysia menjadi bangsa yang maju. Kalau tidak hanya sekadar berkokok di siang hari saja laaa...
Terkadang terfikir juga...APA DEPA NI DOK BUAT KERJA....!!!!

PAKAT TAKUT TUA ....rupanya...!!

KEMARIN pi Pekan Jitra. Melewati persekitaran pekannya saya dapati banyak pusat kecantikan dah mula tumbuh. Maklomlah... semua nak jadi jutawan. Hal ini mungkin kerana ramai yang buka pusat kecantikan atau jual kosmetik dah kaya raya. Contoh terdekat...dekat Jitra juga....iaitu Dr. Romzey.....Selain tu saya rasa..lani ramai orang suka nak bagi diri nampak cantik. Dulu pon rasa ada jugak..hehehe. Nak bagi cantik ni bukan saja pada paras rupa...muka,hidung... biar nampak gebu dan 'tegeng' tepi juga dari segi bentuk badan. Perut tak nampak boroi, biar mantap gitu...Badan biaq nampak langsing...ada 'cutting' dan sebagainya...Sampai bibiaq mulut sekali pon depa pakat dok perelok supaya nampak 'sensual'..hehehe ala ala Angelina Jolie gitu...Fuhhh..!!

Yang bestnya...dulu kita dok ingat bila sebut pasai kecantikan hanya tuju kat orang pompuan saja. Lani dak dah. Orang lelaki pun sama. Pakat-pakat nak jaga bagi nampak elok katanya. Pasai tu kemarin kat Jitra Mall..nampak kat sebuah salon ada lelaki yang dok buat facial. Gunting rambut...buat fesyen itu..fesyen ini...Nak bagi nampak segak laa tu...Beli kopi itu kopi ini nak bagi nak mantap dalam penampilan.

Selain daripada pakat dok guna kosmetik untuk  nak bagi nampak elok..ada jugak yang dok minum pelbagai jenis ubat-ubatan. Bukannya murah...Sekali beli satu set mau cecah 3-4 ratus hinggit. Atas alasan nak bagi nampak cantik pada pandangan orang lain..dan demi menjaga penampilan diri. (ada kawan kata..kalau kita rasa cantik...kita bertambah yakin bila berdepan dengan orang ramai..). Hal ini bukan berlaku pada orang  pompuan saja...lelaki pun sama. Dan yang menariknya....ada orang lelaki yang berusia sikit(pompuan pun rasa ada juga) mengupah anak-anak supaya cabut uban di kepala atas alasan GATAI.....Sedangkan yang sebenarnya....hehehehe...nak bagi nampak MUDA latuuu. Yang dahsyatnya..ada juga yang menghitamkan rambut semata-sama nak menutup KETUAAN itu...hehehe...

Khamis, 24 Februari 2011

FOLIO YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH GURU-GURU TINGKATAN 6

a. Semua aktiviti guru tingkatan 6 perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Setiap 
    orang guru tingkatan 6 termasuklah guru penolong kanan tingkatan 6 harus menyediakan   
    empat jenis folio bagi tujuan pemantauan.

Folio-folio tersebut adalah : 

 1.  Pengajaran dan pembelajaran 
 2.  Penyelidikan 
 3.  Penilaian dan taksiran
 4. Kokurikulum

b. Kandungan folio guru tingkatan 6 harus dikendali dan diurus dengan memastikan komponen
    bagi setiap folio lengkap dan kemaskini. Komponen bagi setiap folio adalah seperti yang 
    tersenarai di bawah:

1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran :

    Komponen folio P & P adalah seperti berikut:
 Jadual waktu peribadi
 Jadual waktu kelas
 Perancangan pengajaran setiap semester
 Perancangan pengajaran mingguan
 Perancangan pengajaran harian
 Bahan cetakan yang digunakan dalam kelas
 Nama pelajar bagi kelas yang diajar
 Biodata pelajar (bagi guru kelas)
 Refleksi harian
2. Folio Penyelidikan :

 Jadual perancangan penyelidikan pelajar meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit   
     curai setiap perjumpaan.
 Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan pelajar
 Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
 Jadual konsultasi dengan pelajar
 Laporan konsultasi dengan pelajar
 Refleksi konsultasi dengan pelajar (bagi setiap pelajar – 2 minggu sekali (Laporan 
    kemajuan))
 Perancangan pembentangan pelajar untuk diberi penilaian.
 Jadual perancangan penyelidikan guru meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai
    setiap perjumpaan (jika buat berkumpulan)
Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan.
Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
Refleksi mingguan tentang proses penyelidikan
Penulisan laporan/hasil penyelidikan
Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa

3. Folio Penilaian dan Taksiran :

 Perancangan penilaian tahunan
 Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
 Skema permarkahan ujian/peperiksaan
 Senarai nama pelajar yang diajar dan markah yang kemas kini
 Bukti penggubalan item soalan dan skema permarkahan (tugas luar bilik darjah/tanpa 
     interaksi)
 Borang markah/penilaian murid bagi pembentangan dan penyelidikan
4. Folio Kokurikulum
 Jadual penglibatan kokurikulum
 Laporan aktiviti kokurikulum
 Perancangan tahunan aktiviti kokurikulum yang dipegang.
 Senarai nama murid di bawah seliaan.
 Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.

KOKURIKULUM
     Aktiviti kokurikulum yang akan ditawarkan untuk murid Tingkatan 6 adalah aktiviti yang boleh 
     membentuk ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar tersebut.
 Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti yang mengandungi unsur 
     perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti peringkat sekolah. Tiga
     komponen ini diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.
 Unsur khidmat masyarakat perlu diterapkan dalam semua aktiviti kokurikulum tingkatan 6.
    Khidmat masyarakat ini boleh dilaksana dengan agensi luar ataupun khidmat kepada 
    komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Aktiviti ini harus dikendalikan dan dirancang 
    oleh pelajar tersebut dengan pengawasan dari pihak sekolah.
 Pelajar dikehendaki melaksanakan projek kumpulan bagi membantu komuniti sekeliling atau 
    sekolah. Perlu ada individu/kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin 
     dilaksanakan dalam bentuk kertas konsep untuk kelulusan pihak sekolah. Projek ini mesti
     berakhir dengan penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti.