FOLIO YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH GURU-GURU TINGKATAN 6
a. Semua aktiviti guru tingkatan 6 perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Setiap
orang guru tingkatan 6 termasuklah guru penolong kanan tingkatan 6 harus menyediakan
empat jenis folio bagi tujuan pemantauan.
Folio-folio tersebut adalah :
1. Pengajaran dan pembelajaran
2. Penyelidikan
3. Penilaian dan taksiran
4. Kokurikulum
b. Kandungan folio guru tingkatan 6 harus dikendali dan diurus dengan memastikan komponen
bagi setiap folio lengkap dan kemaskini. Komponen bagi setiap folio adalah seperti yang
tersenarai di bawah:
1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran :
Komponen folio P & P adalah seperti berikut:
Jadual waktu peribadi
Jadual waktu kelas
Perancangan pengajaran setiap semester
Perancangan pengajaran mingguan
Perancangan pengajaran harian
Bahan cetakan yang digunakan dalam kelas
Nama pelajar bagi kelas yang diajar
Biodata pelajar (bagi guru kelas)
Refleksi harian
2. Folio Penyelidikan :
Jadual perancangan penyelidikan pelajar meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit
curai setiap perjumpaan.
Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan pelajar
Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
Jadual konsultasi dengan pelajar
Laporan konsultasi dengan pelajar
Refleksi konsultasi dengan pelajar (bagi setiap pelajar – 2 minggu sekali (Laporan
kemajuan))
Perancangan pembentangan pelajar untuk diberi penilaian.
Jadual perancangan penyelidikan guru meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai
setiap perjumpaan (jika buat berkumpulan)
Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan.
Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
Refleksi mingguan tentang proses penyelidikan
Penulisan laporan/hasil penyelidikan
Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa
3. Folio Penilaian dan Taksiran :
Perancangan penilaian tahunan
Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
Skema permarkahan ujian/peperiksaan
Senarai nama pelajar yang diajar dan markah yang kemas kini
Bukti penggubalan item soalan dan skema permarkahan (tugas luar bilik darjah/tanpa
interaksi)
Borang markah/penilaian murid bagi pembentangan dan penyelidikan
4. Folio Kokurikulum
Jadual penglibatan kokurikulum
Laporan aktiviti kokurikulum
Perancangan tahunan aktiviti kokurikulum yang dipegang.
Senarai nama murid di bawah seliaan.
Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.
KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum yang akan ditawarkan untuk murid Tingkatan 6 adalah aktiviti yang boleh
membentuk ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar tersebut.
Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti yang mengandungi unsur
perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti peringkat sekolah. Tiga
komponen ini diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.
Unsur khidmat masyarakat perlu diterapkan dalam semua aktiviti kokurikulum tingkatan 6.
Khidmat masyarakat ini boleh dilaksana dengan agensi luar ataupun khidmat kepada
komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Aktiviti ini harus dikendalikan dan dirancang
oleh pelajar tersebut dengan pengawasan dari pihak sekolah.
Pelajar dikehendaki melaksanakan projek kumpulan bagi membantu komuniti sekeliling atau
sekolah. Perlu ada individu/kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin
dilaksanakan dalam bentuk kertas konsep untuk kelulusan pihak sekolah. Projek ini mesti
berakhir dengan penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan