Selasa, 1 Mac 2011

HORMATILAH DIRI SENDIRI...

SAYA selalu bercakap dengan pelajar-pelajar saya tentang perlunya kita ada rasa hormat diri sendiri untuk menjadi manusia yang berjaya.Maksudnya kita perlu ada rasa hormat pada diri sendiri.Tidak meletakkan diri kita pada sebarang tempat. Kena jaga. Baru lah kita boleh berjaya. Kalau tidak jangan dok harap.

Hormat Diri di sini bermakna kita perlu sentiasa meletakkan diri kita pada tempat yang sepatutnya.Barulah orang nampak kualiti yang ada pada diri kita. Justeru kita akan disegani oleh sesiapa saja. Sebagai contoh kita ambil resmi lebah. Sang Lebah tidak pernah meletakkan dirinya pada tahap yang rendah.Lebah tidak akan turun mencari makanan di tempat-tempat yang kotor dan busuk. Makanannya hanyalah pada bunga-bungaan yang berkualiti saja, yang letaknya di tempat tinggi. Hal ini berbeza dengan sang lalat. Sang lalat seringkali meletakkan dirinya pada tahap paling rendah. Lalat suka mencari makanan di lunggok-lunggok sampah, yang berbau busuk dan kotor. Tambahan pula ada antaranya yang gemar menghurungi najis. Tempat tinggalnya pulak sudah pasti di kawasan yang kotor.Berbeza dengan Sang Lebah yang  membuat sarang atau tempat tinggalnya di dahan-dahan pokok yang tinggi. Sarang lebah yang paling tinggi kedudukannya dianggap menghasilkan madu yang paling berkualiti dan paling berkhasiat. Sebab itulah kenapa Madu Tualang paling mahal dan paling dikehendaki manusia.Hal ini kerana pokok tualang merupakan antara pokok yang paling tinggi yang terdapat dalam hutan.

Sehubungan itu, untuk menjadi pelajar yang cemerlang,berkualiti dan berjaya, pelajar-pelajar saya sering diajak untuk ikut resmi atau budaya hidup Sang Lebah. Kita kena hormat diri kita. Janganlah meletakkan diri kita di tempat-tempat yang kotor dan tidak sepatutnya.....Insyaallah..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan